Thursday, July 30, 2015

SET ASAS SILKSKRIN

Salam cetak baju semua...

Kali ni kami nak cerita sikit peralatan yang perlu bagi memulakan cetakan silkskrin.
Antara peralatan yang wajib ialah :

  1. Photo Emulsion
  2. Emulsion Coater (pilihan)
  3. Sekuji
  4. Mesh / Kain Saring
  5. Blok
  6. Rubber Dye (bagus bagi pemula)
  7. Binder
  8. Emulsion Remover
  9. Hair Dryer




    PHOTO EMULSION

    Gambar sekadar hiasan
    Photo Emulsion ni wajib ada cetakan silkscreen printing. Fungsinya untuk buat acuan design pada kain saring. Ada dua jenis emulsion
    • Photo emulsion + Sensitizer : untuk yang ini photo emulsion perlu dibancuh dengan sensitizer. Nisbah bancuhan ialah 10:1
    • Photo Emulsion siap bancuh : harga sedikit mahal. Tapi berbaloi kerana boleh terus guna. Jimat masa dan tenaga.

    EMULSION COATER

    Gambar sekadar hiasan
    Kegunaan alat ini ialah untuk menyapu emulsion pada kain saring. Ini pilihan anda, nak guna boleh,taknak guna pom boleh. Nak jimat guna je pembaris atau penarik air cermin kereta tu.

    SEKUJI

    Gambar sekadar hiasan
    Sekuji kita guna untuk menyapu dye semasa proses mencetak pada tshirt.

    Mesh / Kain Saring

    Gambar sekadar hiasan
    Kain saring dipasang pada blok. Tak kisahla blok kayu / besi / aluminium. Kegunaannya untuk menapis rubber dye semasa proses mencetak tshirt. Ada banyak jenis kain saring 800, 1000, 1200. Semakin besar nombor semakin kecil lubang pada kain saring. Macam pixel pada gambarla yer..

    BLOK / FRAME

    Gambar sekadar hiasan
    Ini plak blok. Kegunaan untuk memegang kain saring supaya sentiasa tegang. Ada jeni kayu, aluminium, besi. Ikut citarasa dan selera anda. Yang penting ikut bajet. Ye dak.hehe

    RUBBER DYE

    Gambar sekadar hiasan
    Ada pelbagai jenis dye. Lain kali kami cerita ye. Yang ini rubber dye. Kegemaran semua printer sebab paling senang untuk guna. Kegunaannye adalah sebagai pewarna untuk design anda.

    BINDER

    Gambar sekadar hiasan

    Binder ni fungsinye untuk mengikat warna dengan rubber dye. Perlu letak sedikit sahaja pada rubber dye.

    FIXER

    Gambar sekadar hiasan
    Kegunaan fixer ni untuk melekatkan ruber dye warna lain pada rubber lain lain. Mesti peningkan. Hehe.. Contoh anda mahu cetak warna merah pada cetakan warna putih. Maka fixer perlu diletakkan sedikit pada rubber dye merah. Barulah warna merah boleh melekat dan menyerlah. Sedikit sahaja dalam 1% sahaja. Fixer yang dicampur dalam rubber dye hanya bertahan 8 jam sahaja.

    EMULSION REMOVER

    Gambar sekadar hiasan
    Nama pom removerkan. Jadi kegunaannya mestilah menanggalkan photo emulsion pada blok setelah selesai proses percetakan tshirt.

    HAIR DRYER

    Gambar sekadar hiasan
    Hair dryer ni kita guna untuk mengeringkan photo emulsion yang disapu pada blok. Tak usahla beli yang mahai2. Janji boleh kering. Emulsion tidak boleh dikeringkan dengan kipas yer. Harap maklum.

    MEJA EXPOSE

    Gambar sekadar hiasan
    Meja expose ni kegunaannye untuk transfer image artwork pada kain saring. Buat je pakai kayu. Beli mahal gak.

    Sekian dulu untuk kali ini. Nanti kami akan update harga untuk set asas silkskrin yer. Terima kasih kerana sudi baca artikel yang tidak seberapa ini.


    Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami 
    whatsapp / sms : 012-900 8214
    fanpage : www.facebook.com/cetakcrew


    Selamat mencetak baju
    cetak crew studio
    cetakbaju0@gmail.com

    No comments:

    Post a Comment