Wednesday, November 18, 2015

Jom Kenali Transfer Paper

Salam cetak baju semua. Semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya disamping keluarga tersayang. Cewah... Ayat cam wat karangan upsr plak.hehe. Baiklah, harini kami nak cerita berkenaan kertas tukar atau dalam bahasa omputihnya transfer paper.

Transfer paper ade dua jenis light transfer paper dan dark transfer paper. Dua-dua jenis kertas ni hanya untuk pigment ink ya. Kalau untuk sublimation ink mesti pakai kertas sublimation tau. Sebab sublimation dan pigment ink adalah ink yang berbeza.

Sebelum kami cerita lebih lanjut ape itu light dan dark transfer paper. Kami nak cerita berkenaan brand transfer paper yang popular dikalangan printer malaysia. Brand yang popular di Malaysia ialah ATT dan NEENAH 3g opague. Ramai yang berpendapat ATT dan NEENAH adalah original US, tetapi kebanyakan NEENAH adalah dari CHINA. Yang ini kami tak dapat nak pastikan. Jadi sebelum beli cek betul2 dengan supplier ye.



Perbezaan antara NEENAH dan ATT adalah dari ketebalan sahaja. NEENAH lebih tebal berbanding ATT. Harga lebih kurang sama sahaja.

LIGHT TRANSFER PAPER

Hanya untuk tshirt putih sahaja. Tshirt berwarna dan hitam tidak boleh menggunakan kertas ini. Ini kerana Light Transfer Paper bersifat transparent dan nipis. Bila anda lekat pada tshirt putih, barulah warna yang diprint akan terserlah. Kertas jenis ini tidak perlu diweed, hanya perlu potong ikut design menggunakan gunting, letak dan press. INGAT mesti print mirror. KENAPA? Sila lihat video di bawah:



DARK TRANSFER PAPER

Kertas ini boleh digunakan pada ape sahaja warna tshirt. Tidak perlu print mirror dan boleh diweed. Boleh dipotong menggunakan cameo ataupun scan n cut. JANGAN potong dengan gunting, kertas akan rosak. Lihat video dibawah:


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel yang tidak seberapa ini.

Nak cetak tshirt boleh hubungi kami 
whatsapp / sms : 012-900 8214 ( abe min)

HEATPRESS | SILKSKRIN | STICKER

Selamat mencetak baju
cetak crew studio
cetakbaju0@gmail.com

11 comments:

  1. Salam,

    Nak tanya boleh tak guna sublimation ink print atas dark paper?

    Warna luntur tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Setahu sy hanya pigment ink yg bleh guna atas dark paper. Untuk kepastian tuan bleh cuba

      Delete
  2. salam,mn nk dptkn tranfer paper ni eh dkt malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Ramai supplier yg jual. Online pon ade. Kunjung fb group heatpress malaya. Ramai seller disana. Tk

      Delete
  3. Assalam,nk tanya,mana hasil lebih baik, guna sublimation paper atau transfer paper ??

    ReplyDelete
  4. Maaf tuan atas kelewatan. Wsalam. Sublimation paper ada dua jenis. 1 untuk baju dan seramik. Hanya baju polister yg boleh guna. Transfer paper untuk baju. Ianya seperti sticker

    ReplyDelete
  5. Salam.. ink apa utk print paper photo sticker?

    ReplyDelete
  6. assalam... dark paper punya for putih tak boleh la kan??

    ReplyDelete
  7. salam.. boleh x klu sublimation d pres dgn heat press.. atau hanya blh digunakan dgn mesin sublimation ja..

    ReplyDelete
  8. Hi, nak tnya , untuk kedua dua light and dark paper , dua2 tidak tertanggal kan kalau kita cuci baju ?

    ReplyDelete